Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH YOUTUBERS DIKEJAR KUMPULAN KARTEL DADAH

    Kisah ini berlaku pada tahun 2020. Bulan Februari tahun tersebut, ada satu pasangan Youtubers yang dikenali sebagai Aaron Payzant dan Logan Howard telah pergi ke memandu kereta mereka dari Indiana, Amerika Syarikat menuju ke negara Mexico. Tujuan perjalanan mereka itu adalah untuk mengambil gambar burung eksotik.

    Diringkaskan cerita yakni semasa Aaron dan Logan berada di Mexico, kereta yang dipandu oleh mereka itu telah sesat akibat kekeliruan jalan. Sewaktu Aaron dan Logan masih cuba mencari arah sebenar di jalan itu, tiba-tiba sebuah trak pikap telah memotong kereta mereka. Trap pikap itu rupa-rupanya dinaiki oleh sekumpulan anggota kumpulan kartel dadah bersenjata.

    Melihat kemunculan kartel tersebut, Aaron terus menjerit, “Ya Tuhan! Mereka bersenjata. Tuhan, Tuhan, Tuhan,”. Pada masa sama Logan menyuruh Aaron supaya memecut saja kereta mereka akan tetapi Aaron enggan berbuat sedemikian.

    “Jangan, jangan, jangan,” kata Aaron.

    Tidak lama kemudian, lima orang lelaki anggota kumpulan kartet dadah tersebut pergi mendekati mereka.

    Aaron dan Logan yang begitu ketakutan terus merayu supaya mereka berdua tidak diapa-apakan. “Jangan...jangan...jangan...”

    “Tak ada masalah, tak ada masalah, tak ada masalah ok?” balas salah seorang daripada anggota kumpulan kartel dadah itu sambil memegang bahu Aaron. Dia cuba menenangkan mereka.

    “Jangan bunuh kami...” rayu Aaron lagi. Logan yang berada bersebelahannya pula nampak hampir pengsan.

    Kumpulan kartel dadah itu rupa-rupanya tidak mempunyai sebarang niat jahat pun ke atas Aaron dan Logan. Salah seorang daripada mereka yang memperkenalkan dirinya sebagai Philip membantu dua lelaki berkenaan dengan menunjukkan jalan sepatutnya yang harus dilalui. Philip bagaimanapun telah mengingatkan Aaron dan Logan tentang jalan yang mereka sedang lalui itu adalah kawasan larangan. Perkara ini bermaksud, orang asing tidak dibenarkan sama sekali melalui jalan itu.

    Biarpun mereka berdua dilepaskan, masing-masing kemudian telah mengalami gangguan kegelisahan selepas kejadian itu. Video kejadian tersebut juga mereka muat naik di laman Youtube dan Tik Tok pada tahun 2022 sebelum menjadi tular. Video insiden yang mencetuskan panik itu boleh ditonton melalui pautan Youtube berikut : https://youtu.be/uQS65DOJgcw?si=gm4da5jYk42w6Ein (Versi 1), https://youtu.be/6kcl9OPzLIU?si=RFRjnBieafRCDJDG (Versi 2)

Catat Ulasan for "KISAH YOUTUBERS DIKEJAR KUMPULAN KARTEL DADAH"