SIAPA MADAM K DALAM KES KEMATIAN LEE SUN-KYUN?
Seperti yang diketahui, aktor terkenal Korea Selatan Lee
Sun-kyun? ditemui meninggal dunia di tempat parkir kereta di Taman Waryong,
Seoul. Berita kematian aktor tersebut oleh disahkan Balai Polis Seongbuk, Seoul
selepas menerima panggilan daripada isterinya iaitu Jeon Hye Jin yang
melaporkan suaminya ada meninggalkan nota bunuh diri sebelum menghilangkan
diri.
Beberapa bulan sebelum itu Lee Sun-kyun berdepan kontroversi
susulan dakwaan yang mengaitkannya dengan kes penyalahgunaan dadah. Perkara
tersebut telah menyebabkan nama Lee Sun-kyun telah digugurkan daripada beberapa
projek besar termasuk filem dan iklan komersial dengan nilai kontrak berjumlah
sekitar 10 billion won (RM35.8 juta).
Hingga pada hari ini, kematian Lee Sun-kyun masih lagi
hangat diperkatakan terutama dengan desas-desus yang mengatakan bahawa dia sebenarnya
dijadikan sebagai kambing hitam oleh pihak polis dalam siasatan kes dadah itu. Dalam
kes Lee Sun-kyun ini juga, satu lagi perkara yang menjadi tumpuan adalah
tentang seorang wanita yang hanya dikenali sebagai K. Jadi siapakah K ini?
Berdasarkan laporan yang tersebar di Internet, nama sebenar K ini adalah Kim Nam Hee. Menerusi penjelasan Youtuber Jang Hansol, K adalah seorang pekerja di 10% Room Salon.
10% Room Salon yang dimaksudkan ini adalah sebuah bar mewah
di mana pelanggan yang datang akan ditemani oleh 10% perempuan tercantik di
Korea Selatan. Difahamkan bahawa K inilah yang mendakwa pernah melihat artis
G-Dragon dan Lee Sun-kyun menggunakan bahan terlarang semasa berada di 10% Room Salon. Dedah K lagi, Lee
Sun-kyun telah menggunakan bahan terlarang sebanyak lima kali sejak dari awal
tahun 2023.
Lee Sun-kyun telah menjalani pelbagai ujian saringan
pengesanan dadah bermula dari pemeriksaan urin hinggalah pemeriksaan helaian rambut
dan bulu ketiak. Semua keputusan ujian tersebut adalah negatif sekali gus
mengesahkan bahawa Lee Sun-kyun bebas daripada sebarang dadah. Perkara ini
telah menimbulkan tidak pihak polis hingga memaksa mereka untuk menekan Lee
Sun-kyun secara berterusan. Selain itu, Lee Sun-kyun dilaporkan pernah
menggunakan menghidu satu ubat yang disangkanya sebagai ubat tidur tanpa
mengetahui ubat tersebut sebenarnya adalah bahan terlarang. Hinggakan sampai
tahu tahap, Lee Sun-kyun meminta pihak polis menjalankan ujian pengesan
penipuan kepada dirinya bagi membuktikan kebenaran.
Berbalik dengan K, dia mempunyai enam rekod jenayah yang
berkaitan dengan kes dadah. K dikatakan sering menutup mulut pihak-pihak
tertentu yang mengetahui penglibatannya dalam dadah dengan cara sogokan wang. Lee
Sun-kyun dipercayai menjadi salah seorang mangsa peras ugut K. Lee Sun-kyun pernah
melakukan pemindahan transaksi sebanyak 350 juta won (RM1.6 juta) ke akaun
K selepas dia mempercayai cerita wanita itu yang mendakwa telefonnya telah
digodam oleh seseorang. K memberitahu Lee Sun-kyun bahawa di dalam telefonnya
itu mengandungi rahsia peribadi mereka berdua termasuklah dalam hal menggunakan
bahan terlarang,
Hingga pada akhirnya yakni semuanya sudah tersebar, Lee Sun-kyun akhirnya memilih jalan untuk membunuh diri akibat begitu tertekan.
Catat Ulasan for "SIAPA MADAM K DALAM KES KEMATIAN LEE SUN-KYUN?"