LELAKI KAU, LELAKI AKU!

Pada 9 Januari 2024 bertempat di daerah Sampang, Pulau
Madura, Indonesia, seorang wanita telah mati dibunuh dengan begitu kejam oleh wanita
muda yang juga merupakan jiran rumahnya. Lebih mengejutkan, wanita pembunuh itu
sempat memuat naik video di laman Tik Tok seolah-olah tiada apa yang berlaku
sekaligus menyebabkan kes ini menjadi tular. Jadi bagaimana kronologi penuh
pembunuhan ini?
Mangsa pembunuhan dalam kes ini dikenali sebagai Siti
Maimunah yang berusia 29 tahun. Bercerita tentang waktu kejadian yakni pada jam
sekitar jam 3.00 pagi, salah seorang ahli keluarga Siti Maimunah telah melihat seakan
ada seseorang memasuki rumah mereka menerusi salah satu pintu. Tidak lama
kemudian, kedengaran bunyi bising dari dalam bilik tidur Siti Maimunah. Selepas
diperiksa, keluarga Siti Maimunah terkejut bila wanita itu terbaring dalam
keadaan berlumuran dengan darah. Pada masa sama, ada seseorang yang memakai
tudung melarikan dari situ dengan tangannya memegang sabit. Keluarga Siti
Maimunah cuba untuk mengejar orang itu akan tetapi tidak berjaya berbuat
sedemikian.


Jadi, siapa Fitria? Dia adalah jiran Siti Maimunah selain bergelar sebagai bekas kekasih gelap Pusini. Mereka berdua pernah menjalinkan hubungan sulit selama dua tahun tanpa pengetahuan Siti Maimunah. Dua bulan sebelum kejadian pembunuhan Siti Maimunah, Pusini telah memutuskan hubungannya dengan Fitria. Alasan Pusini, dia ingin memulakan kehidupan baru bersama dengan Siti Maimunah di mana mereka berdua akan berhijrah untuk menjalankan perniagaan di Surabaya. Fitria bagaimanapun enggan untuk menerima hakikat perpisahan tersebut. Disebabkan itu, Fitria tekad untuk membunuh Siti Maimunah dengan menggunakan sabit milik abangnya.

Seperkara yang harus diketahui, Fitria sempat berpura-pura sedih menangisi pemergian Siti Maimunah. Dia bahkan turut bermain Tik Tok dengan gembira. Fitria yang telah ditangkap kini bakal berdepan dengan sama ada hukuman mati atau 20 tahun penjara jika disabitkan kesalahan.
Catat Ulasan for "LELAKI KAU, LELAKI AKU!"