GYPSY ROSE BERPISAH DENGAN SUAMI
AMERIKA SYARIKAT - Terkini, Gypsy Rose Blanchard (32 tahun) telah membuat
pengumuman di media sosial tentang berita perpisahan dengan suaminya iaitu Ryan
Scott Anderson. Perkara itu berlaku hanya tiga bulan selepas Gypsy dibebaskan
dari penjara di mana dia sebelum itu menjalani hukuman penjara selama 8 tahun kerana
didapati bersubahat melakukan pembunuhan terhadap ibunya, Dee Dee Blanchard
bersama dengan teman lelakinya yang dikenali sebagai Nicholas "Nick" Godejohn.
Gypsy dan Ryan sebelum ini telah berkahwin di dalam penjara
tanpa sebarang tetamu pada bulan Julai tahun 2022. Selepas pembebasan Gypsy,
pasangan itu pernah merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan sekali
lagi secara rasmi dan meriah.
Kenyataan Gypsy mengenai kegagalan perkahwinannya itu
bertulis,
"Ramai orang bertanya-tanya apa yang telah terjadi
dalam hidup saya. Malangnya, suami saya dan saya telah berpisah dan saya
berpindah ke rumah ibu bapa saya. Keluarga dan rakan-rakan saya menyokong saya
dalam usaha untuk membantu saya melalui saat sukar ini. Saya sedang belajar
untuk mendengar kata hati saya. Saat ini, saya memerlukan masa untuk membiarkan
diri saya mencari... siapa saya”.
Pada awal bulan ini, Gypsy sempat berkongsi video di TikTok
sebelum memadam platform media sosialnya. Menerusi video tersebut, Gypsy
memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berkenaan. Kata Gypsy,
“Saya meminta maaf. Saya sedang belajar. Saya bertanggungjawab
atas bahagian saya dan saya mengatakan hal ini sekarang. Saya patut
bertanggungjawab. Saya telah melakukan perkara buruk."
Terdapat sumber yang mendakwa Gypsy telah memadam akaun media sosial seperti Tik Tok dan Instagram adalah atas nasihat pegawai parol bagi mengelakkannya daripada mendapat sebarang masalah dan kembali meringkuk di penjara.
Catat Ulasan for "GYPSY ROSE BERPISAH DENGAN SUAMI "