Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM LIGA SKROMANE

    Pada tahun 2018, Liga Skromane adalah seorang wanita berasal dari negara Latvia berusia 33 tahun. Dia yang menderita penyakit kemurungan sebelum itu tinggal bersama dengan suaminya di Dublin, Ireland.

    Diringkaskan cerita, Liga telah mendapat tahu tentang sebuah pusat rawatan ayurveda yang terkenal di India. Maka terdetiklah hati Liga untuk menjalani rawatan penyakit kemurungannya di pusat ayurveda tersebut. Maka pada sekitar bulan Februari 2018, Liga pun pergi ke Kerala, India dengan ditemani oleh adiknya yang bernama Ilze.

    Namun beberapa minggu selepas berada di negara itu, Liga tiba-tiba dilaporkan hilang selepas dia keluar dari pusat rawatan berkenaan untuk berjalan-jalan di pantai tanpa membawa dokumen peribadi seperti pasport. Laporan kehilangan Liga itu dibuat oleh Ilze. Suami Liga yang dikenali sebagai Andrew Jordan, 42 tahun, segera datang ke India setelah dimaklumkan berita tentang kehilangan isterinya itu. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencari Liga di beberapa lokasi yang dikenal pasti dengan menggunakan bot, pesawat dan melalui hebahan di Facebook.

    Hinggalah pada 21 April 2018, mayat Liga telah ditemui tergantung pada dahan pokok yang berhampiran dengan kawasan hutan bakau di Thiruvallam yakni berjarak 30 kilometer dari tempat penginapannya. Lebih mengerikan, mayat Liga didapati tidak berkepala. Pasukan pencarian telah  menemui kepala Liga tidak jauh dari tempat penemuan itu.

    Hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, mereka berjaya menangkap dua orang lelaki yang dipercayai sebagai suspek utama pembunuhan. Identiti dua orang lelaki tersebut dikenal pasti sebagai Umesh (31 tahun) and Udayakumar (27 tahun). Berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh kedua-dua lelaki terbabit yang juga merupakan pengedar dadah itu, mereka berdua telah mengumpan Liga dengan dadah sebelum bertindak merogolnya berulang kali di dalam hutan. Sesudah itu, barulah Liga dicekik hingga mati. Mayat Liga sengaja digantung sebagai tanda kononnya dia membunuh diri. Seperkara lagi harus diketahui, salah seorang daripada pelaku juga mempunyai rekod jenayah lampau melakukan penderaan seksual terhadap lelaki dan wanita.

    Berhubungan dengan keputusan perbicaraan kes, Umesh dan Udayakumar yang didapati bersalah atas pertuduhan melakukan penculikan, pemerkosaan dan pembunuhan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM LIGA SKROMANE"