Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KRONOLOGI KES PENDERAAN ANAK EMY AGHNIA


    Baru-baru ini, tular di media sosial tentang anak kepada selebriti Instagram terkenal Indonesia iaitu Aghnia Punjabi atau Emy Aghnia yang telah menjadi mangsa penderaan pengasuhnya. Hal itu telah didedahkan sendiri oleh Aghnia menerusi hantaran di laman Instagram miliknya yang mempunyai lebih daripada 2 juta orang pengikut. Malah Aghnia turut berkongsi satu rakaman kamera litar tertutup yakni video kejadian penderaan kejam tersebut.

    Anak Aghnia yang menjadi mangsa dera itu dikenali sebagai Jana, 3 tahun. Dia telah mengalami kecederaan teruk pada mata, kepala dan telinganya. Pengasuh wanita terbabit sudah pun ditangkap oleh pihak polis sejurus mereka menerima laporan daripadaAghnia mengenai kejadian itu. Siasatan awal pihak polis mendapati motif kejadian adalah kerana saspek berasa terlalu geram dengan Jana yang enggan untuk disapu ubat bagi menghilangkan kesan parut pada badannya. Soal sama ada parut itu berpunca daripada penderaan yang saspek lakukan atau sebaliknya, perkara tersebut masih lagi dalam siasatan.

    Bercerita tentang pengasuh wanita berkenaan, identitinya setakat ini hanya dikenal sebagai IPS. Aghnia sendiri telah mengesahkan bahawa dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan wanita berstatus janda yang mempunyai seorang anak itu. Jelas Aghnia sendiri, dia sudah menganggap IPS seperti keluarga sendiri. Difahamkan IPS adalah pengasuh dari sebuah yayasan terkenal Surabaya.

    Dalam satu lagi hantaran terbaru Instagram Aghnia, dia telah berkongsi kronologi kejadian seperti berikut :

    Tanggal 27:
    Saya pergi ke Jakarta siang hari untuk bazar selama 2 hari, saya tidak membawa anak di karenakan cana dan sultan sudah sekolah. Cana sekolah di hari Senin sampai dengan Jumat. Saya titipkan sus dengan adik ipar saya. Di rumah ada: driver, mba 2 orang, suster 2 orang, termasuk tersangka dan adik ipar."

    Tanggal 28:
    Jam 4 subuh peng4niaya4n terjadi, posisi semua di basement tidak mendengar sama sekali dan kamar terkunci rapat. Proses peng4niaya4n dilakukan 1 jam tanpa henti.

    Dan pelaku tidak memperbolehkan cana keluar kamar karena takut terlihat orang rumah atas tindakannya. Ia memberitahu semua orang rumah bahwa cana demam, makan pun dibawa ke kamar.

    Motif pelaku menyiks4 cana karena ia tidak mau diobati bekas cakarannya. Belum tahu apakah cakaran itu karena dia (tersangka) atau tidak.

    Tanggal 29:
    Hari dimana saya balik dari Jakarta, pelaku memberitahu saya bahwa C*** jatuh dari kamar mandi dan memar. Tapi memarnya nggak wajar, suami cek CCTV ternyata terbukti pelaku melakukan peng4niaya4n tapi tidak mengakui.

    Singkatnya seperti itu, saya serahkan ke pihak yang berwajib. Semoga C*** mendapatkan keadilan seadil-adilnya.

    Terimakasih untuk teman-teman yang mensupport saya, saya tidak bisa ngomong apa-apa lagi."

    IPS bakal berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun jika disabitkan kesalahan. Sementara itu, Aghnia kini menerima sokongan daripada pelbagai pihak yang begitu bersimpati dengan nasib yang anaknya telah alami, 

Catat Ulasan for "KRONOLOGI KES PENDERAAN ANAK EMY AGHNIA"