BUNUH ISTERI, KERAT DAN CUBA JUAL
Dalam kejadian pembunuhan tersebut, seorang lelaki berusia
41 tahun yang dikenal pasti sebagai Tarsum telah mengerat mayat isterinya iaitu
Yanti kepada beberapa bahagian. Difahamkan Yanti telah mati dibunuh oleh
suaminya itu semasa dia sedang dalam perjalanan ke masjid untuk menghadiri
kelas mengaji.
Menurut keterangan daripada Ketua Rukun Tetangga kampung
berkenaan yang bernama Yoyo Taryo, mangsa sebelum itu telah dipukul oleh suspek
dengan kayu hingga mati. Sesudah pukulan itu, mayat mangsa dibawa ke rumah untuk
dikerat. Potongan tubuh badan mangsa kemudian diletakkan berdekatan dengan pos
kawalan. Lebih dahsyat, suspek turut membuat jualan daging isterinya itu kepada
penduduk kampung. Tambah Yoyo lagi, suspek yang juga merupakan penjual kambing
adalah seorang yang mudah bergaul dengan orang kampung. Suspek bagaimanapun
dikatakan mengidap penyakit kemurungan yang disebabkan masalah kewangan.
Sementara itu, wakil jurucakap pihak polis memberitahu suspek akan dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan awal pemeriksaan psikiatri pada masa terdekat. Sewaktu penangkapan terhadap suspek, dia kelihatan tenang dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk melawan. Masih tidak jelas tentang motif sebenar pembunuhan memandangkan hubungan supek dan mangsa sebelum ini dikhabarkan tidak bermasalah. Mayat mangsa telah pun dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.
Catat Ulasan for "BUNUH ISTERI, KERAT DAN CUBA JUAL "