Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DALANG UTAMA KES PEMBUNUHAN EKY & VINA DITANGKAP


    INDONESIA - Pihak polis dilaporkan telah berjaya menangkap seorang lelaki yang dipercayai sebagai dalang utama kes pembunuhan kejam Eky dan Vina di Cirebon, Jawa Barat pada 8 tahun lepas.

    Lelaki yang dimaksudkan itu dikenal pasti sebagai Pegi Setiawan atau Egi atau Perong. Dia telah ditangkap pada malam Selasa (21 Mei 2024) di Bandung. 

    Terdahulu dalam kes ini, pihak polis mengesahkan bahawa seramai 11 orang pelaku telah terlibat dalam membunuh Eky dan Vina sebelum ini. Tujuh orang daripada mereka menerima hukuman penjara seumur hidup. Seorang lagi pelaku bawah umur ketika itu pula dipenjarakan selama tujuh tahun di mana dia kini sudah pun dibebaskan. Sementara itu, tiga orang lagi pelaku termasuk Egi telah menjadi buruan pihak polis. Sepanjang tempoh 8 tahunnya diburu, Egi bekerja sebagai seorang buruh bangunan dengan menggunakan identiti lain iaitu Robi Irawan. 

    Semasa dalam sidang media penangkapannya,  Egi telah menafikan dirinya sebagai pembunuh. Katanya sebelum dibawa pergi dari sidang media tersebut, "Izinkan saya berbicara, saya tidak pernah melakukan itu. Saya rela mati,."

    Namun timbul juga beberapa dakwaan yang mengatakan Egi sebenarnya tidak bersalah dan sekadar dijadikan sebagai kambing hitam untuk menutup kes memandangkan dia pernah disoal siasat oleh pihak polis pada waktu awal kes ini berlaku. Jadi sesetengah pihak mempertikaikan soal penangkapannya yang hanya dibuat selepas filem "Vina : Sebelum 7 Hari" ini menjadi tular. Jika disabitkan kesalahan, Egi bakal berdepan sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup atau 20 tahun penjara. 

Catat Ulasan for "DALANG UTAMA KES PEMBUNUHAN EKY & VINA DITANGKAP"