Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH YUKA TAKAOKA SI YANDERE DI DUNIA NYATA, DI MANA DIA SEKARANG?

    Masih ingatkah anda semua tentang kes Yuka Takaoka iaitu wanita yang digelar sebagai  Yandere dalam dunia nyata. Secara ringkasnya, Yandere adalah karakter dalam dunia anime yakni seorang wanita yang lemah lembut dan penyayang itu bertukar menjadi ganas disebabkan rasa cinta yang membuak.

    Bagi sesiapa yang belum pernah membaca tentang kes Yuka Takaoka, kejadian yang melibatkannya ini berlaku di sebuah apartment   pada bulan Mei tahun 2019.


    Yuka Takaoka mempunyai teman lelaki bernama Phoenix Luna yang juga merupakan seorang pekerja bar. Pada hari kejadian, Yuka yang berusia 21 tahun telah mengamuk selepas menemui gambar intim Phoenix Luna bersama dengan wanita lain di dalam telefon lelaki tersebut. Disebabkan terlalu berasa cemburu, Yuka bertindak untuk menikam perut Phoenix Luna sewaktu teman lelakinya itu sedang tidur.

    Phoenix Luna yang kesakitan kemudian melarikan diri dalam keadaan berbogel sebelum dia terbaring di kawasan tangga di mana badannya penuh dengan lamaran darah. Lelaki tersebut sudah hampir mati waktu tersebut.

    Selepas menyerang Phoenix Luna, Yuka telah menelefon pihak polis untuk memaklumkan tentang kejadian itu. Sesudah itu, Yuka pun duduk bersantai di sebelah Phoenix Luna dan pada masa yang sama dia berborak dengan rakannya menerusi panggilan telefon sambil menghisap rokok. Yuka bahkan sempat tersenyum ketika dibawa polis beredar dari lokasi kejadian. Phoenix Luna yang dibawa untuk menjalani rawatan selanjutnya hospital dan mujurlah dia berjaya diselamatkan.

    Gambar Yuka di tempat kejadian itu kemudian tersebar luas di internet sebelum dia mendapat sokongan daripada ramai pengguna media sosial terutamanya peminat anime.

    Yuka yang mengaku bersalah atas tuduhan melakukan percubaan membunuh tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan. Kata Yuka, dia bertindak sedemikian kerana terlalu mencintai Phoenix. Tambah Yuka lagi, dia sememangnya sudah merancang untuk membunuh diri selepas kematian Phoenix.

    Yuka yang kini sudah pun dibebaskan aktif di media sosial seperti Instagram, Youtube dan Tik Tok. Kebanyakan hantarannya di media sosial itu adalah mengenai cosplay dan permainan video. Menerusi komen pada gambar-gambar yang Yuka muat naik pada akaun laman Instagram, dia menerima banyak pujian yang memuji kecantikannya.

Catat Ulasan for "KISAH YUKA TAKAOKA SI YANDERE DI DUNIA NYATA, DI MANA DIA SEKARANG?"