Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BUNUH KERANA DIEJEK TIADA ANAK

    INDONESIA – Gara-gara diejek kerana masih belum mempunyai anak, seorang lelaki bertindak membunuh jiran wanita yang telah mengejeknya itu. Difahamkan kejadian pembunuhan yang dilaporkan berlaku di daerah Lampung Utara ini berlaku setelah pelaku iaitu Sudadi Ahmad, 30 tahun sudah lagi berasa tidak tahan dengan hinaan daripada mangsa yang dikenali sebagai Sumini, 55 tahun yang sering menghinanya mandul. Sama ada benar atau sebaliknya, Sudadi mendakwa wanita itu telah menyuruhnya mencari lelaki lain yang boleh menghamilkan isterinya. Perkara ini sekaligus menimbulkan kemarahan Sudadi.

    Dalam kejadian yang berlaku pada 23/6/2024 lalu, Sudadi telah pergi ke rumah Sumini selepas mengetahui wanita itu sedang tinggal bersendirian dengan berpura-pura meminjam pam angin. Sudadi kemudian mengambil kesempatan pada waktu tersebut untuk menyerang Sumini di mana wanita itu seterusnya dicekik hingga mati dengan wayar telefon. Sesudah Sumini tidak lagi bernyawa, mayatnya diheret Sudadi ke bilik solat di mana alas kaki telah diletakkan pada bahagian mukanya. Sesudah Sudadi berbuat sedemikian, dia telah menggeledah rumah Sumini lalu membawa lari beberapa barangan berharga seperti telefon, barang kemas dan sejumlah wang bagi menampakkan kematian Sumini adalah bermotifkan rompakan.

    Pihak polis yang mendapat laporan tentang kejadian pembunuhan tersebut tidak mengambil masa lama untuk menangkap Sudadi. Penangkapan itu dibuat pada sehari selepas kejadian yakni di rumah Sudadi sendiri. Jika disabitkan kesalahan, Sudadi bakal berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Catat Ulasan for "BUNUH KERANA DIEJEK TIADA ANAK"