OH CINTA SEJATIKU...
CHINA - Terkini, tular tentang kisah percintaan luar biasa
antara seorang wanita berusia 23 tahun dengan seorang lelaki berusia 80 tahun.
Wanita yang dimaksudkan iaitu Xiaofang (bukan nama sebenar)
mula bertemu dengan Li (bukan nama sebenar) semasa dia bertugas sebagai sebagai
sukarelawan di sebuah pusat jagaan yang
terletak di Wilayah Hebei. Pada waktu itu, Li merupakan salah seorang penghuni
di pusat jagaan tersebut. Xiaofang dan Li pada mulanya sekadar berkawan biasa
sebelum menyedari terdapat banyak persamaan antara mereka daripada segi hobi
dan minat. Lama-kelamaan, mereka berdua pun mula menjalinkan hubungan dengan
lebih serius. Xiaofang terpikat dengan Li kerana berasa lelaki tua itu begitu
matang serta bijaksana. Kecantikan Xiaofang pula menjadi faktor utama Li
tertarik kepada wanita tersebut.
Baru-baru ini, pasangan itu telah pun berkahwin dalam satu
majlis perkahwinan yang sederhana. Tiada anggota keluarga daripada kedua-dua
belah pihak yang hadir akan tetapi Xiaofang dan Li telah saling berikrar untuk
setia hingga ke hujung nyawa.
Difahamkan keluarga Xiaofang tidak merestui hubungan pasangan itu. Namun disebabkan cinta sejati, Xiaofang sanggup memutuskan hubungan dengan ibu bapanya untuk bersama dengan Li. Ada juga sesetengah pihak yang menuduh Xiaofang sebenarnya hanya mahukan harta Li sahaja. Walau bagaimanapun, tuduhan itu dikatakan tidak munasabah kerana Xiaofang yang banyak menanggung perbelanjaan memandangkan Li hanya bergantung kepada pencen bulanan.
Xiaofang sering memuat naik foto dan video kemesraannya dengan Li di laman media sosial. Ramai pengguna media sosial menyifatkan Xiaofang hanyalah seorang wanita yang inginkan perhatian selain mengejar jumlah tontonan. Apa yang pasti, Xiaofang meyakini bahawa Li adalah seorang lelaki yang cukup sempurna di depan matanya.
Catat Ulasan for "OH CINTA SEJATIKU..."