Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

"HIMURO MANSION" RUMAH PALING BERHANTU DI JEPUN

    Pernah mendengar tentang Himuro Mansion atau Rumah Agam Himuro? Sudah pasti rata-rata penggemar konsol Playstation pernah bermain permainan video seram Fatal Frame. Tahukah anda bahawa  permainan video Fatal Frame ini adalah inspirasi daripada Himuro Mansion yang digelar sebagai rumah paling keras atau berhantu di negara Jepun.

    Terdapat beberapa versi kisah legenda urban tentang Himuro Mansion ini, namun antara versi yang popular adalah lokasinya yang dikatakan terletak di sekitar kawasan pergunungan Tokyo. Himuro Mansion dikatakan sebagai rumah agam tradisional yang cantik dari luar akan tetapi di dalamnya adalah sesuatu yang sangat mengerikan. 

    Bercerita tentang sejarah Himuro Mansion, rumah agam ini dikatakan didiami oleh seisi keluarga iaitu keluarga Himuro. Di rumah agam inilah keluarga Himuro itu mengamalkan satu ajaran sesat di mana mereka menjalankan pelbagai upacara atau ritual tertentu. Salah satu ritual yang mereka lakukan tersebut adalah satu ritual terlarang iaitu Ritual Cekik. Ritual yang dilakukan pada setiap 50 tahun ini adalah sebuah ritual untuk menghalau roh-roh jahat selain mengelakkan segala perkara buruk daripada berlaku. Individu yang harus melakukan ritual ini pula adalah seorang gadis daripada keturunan yang suci. Suci yang dimaksudkan adalah gadis itu masih lagi dara dan tidak pernah jatuh cinta. 

    Dijadikan cerita, Ritual Cekik ini gagal kerana gadis yang dipilih itu tiba-tiba telah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang dilihatnya melalui tingkap. Kesudahannya gadis itu tidak lagi dianggap suci sekaligus menyebabkan seluruh keluarga Himuro berasa kecewa dan putus asa. Disebabka itu, ketua keluarga Himuro membuat keputusan untuk membunub semua ahli keluarganya termasuk dirinya sendiri. 

    Sejak dari kejadian itu, pelbagai insiden aneh dan menyeramkan yang telah berlaku di Himuro Mansion seperti penampakan roh gadis berkenaan dan anggota keluarga Himuro yang terkorban dalam ritual tersebut. Sama ada benar atau sebaliknya, Himuro Mansion masih kekal berhantu hingga pada hari ini.

Catat Ulasan for ""HIMURO MANSION" RUMAH PALING BERHANTU DI JEPUN"