KISAH KEMATIAN ISAIAH TRAMMELL YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN
Pada sekitar bulan Mac 2023, seorang lelaki autisme berusia 19 tahun yang bernama Isaiah Trammell telah ditangkap oleh pihak polis sebelum dia dibawa ke Penjara Daerah Montgomery, Ohio. Isaiah sebelum itu telah menghantukkan kepala di dindingnya secara berulang kali sekaligus membawa kepada penangkapannya di mana pihak polis mendapat tahu perkara tersebut setelah dihubungi oleh jiran rumah Isaiah.
Punca Isaiah menghantukkan kepalanya di dinding itu adalah kerana proses stimming. Dalam dunia autisme, stimming ini perkara biasa. Secara ringkasnya, Stimming adalah singkatan dari self-stimulating behavior iaitu perilaku yang sengaja dilakukan untuk memberikan rangsangan pada bahagian sensori tubuh yang tertentu seperti penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan serta keseimbangan dan gerakan. Selain menghantukkan kepala di dinding, lain-lain contoh perilaku stimming ini adalah seperti melompat, mundar-mandir, mengepak tangan, berjalan jinjit dan banyak lagi.
Berbalik kepada cerita Isaiah, dia telah diletakkan dalam sel pengawasan bunuh diri. Perkara ini bermaksud, dia perlu diperiksa dan diawasi dalam selamat. Walau bagaimanapun, perkara sebaliknya telah berlaku kerana Isaiah tidak disediakan tilam dan selimut sekaligus mencetuskan kemarahan Isaiah kerana dia tidak suka dalam situasi sedemikian. Sepanjang tempoh Isaiah berada di dalam sel itu, segala permintaan dan rayuannya langsung tidak diendahkan sama sekali.
Dalam rakaman video pengawasan sel tersebut, Isaiah dilihat menghantukkan kepalanya pada pintu sambil menjerit, "Lepaskan saya!". Malah Isaiah Trammell bukan saja diejek bahkan turut dihina dan diancam oleh sembilan pengawal ketika dia merayu untuk mendapatkan ubatnya. Pengawal berkenaan juga menggelar Isaiah sebagai 'menggelikan,' 'memalukan,' dan 'berkelakuan seperti orang gila.'
Hingga pada akhirnya, Isaiah tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menyedihkan, dia meninggal dunia pada tiga hari kemudian dengan kesnya itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri di mana penyebab kematian adalah akibat kecederaan trauma kesan daripada perbuatannya yang menghantukkan kepala di dinding secara berulang kali dalam sel tersebut.
Bapa Isaiah pada baru-baru ini mengesahkan mereka sekeluarga masih lagu tidak menerima apa-apa laporan atau maklumat tentang kematian Isaiah daripada pihak berkuasa walaupun sudah setahun lebih berlalu. Video Isaiah semasa dalam sel tersebut boleh ditonton di sini : https://youtu.be/EaIbYv78gSY?si=0e-SK9w-Sy1uWpGf
Catat Ulasan for "KISAH KEMATIAN ISAIAH TRAMMELL YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN"