Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Filem 30 Days of Night : Vampire Luar Biasa!

     30 Days of Night, sebuah filem seram tahun 2007 arahan David Slade yang diadaptasi dari siri komik karya Steve Niles dan Ben Templesmith dengan judul sama. 

     Filem ini berlatar belakangkan tempat di Barrow, Alaska iaitu sebuah bandar kecil yang terletak di utara Lingkaran Artik yang terkenal dengan fenomena "Malam Kutub" di mana matahari tidak akan terbit selama 30 hari. Saat penduduk sudah bersedia melalui hari-hari kegelapan itu, tiba-tiba muncul sekumpulan pontianak (Vampire) ganas yang diketuai oleh Marlow tidak lain tidak bukan untuk melakukan pembunuhan dahsyat lagi mengerikan. Sementara itu, seorang lelaki syerif yang dikenali sebagai Eben bersama dengan segelintir penduduk berjuang habis-habisan untuk melawan kumpulan pontianak tersebut.

     Apa yang membezakan Vampire dalam filem 30 Days of Night ini dengan Vampire dalam filem lain adalah mereka digambarkan sebagai makhluk buas dan primitif selain memiliki kekuatan luar biasa kerana mereka hanya dapat dibunuh dengan cahaya matahari atau dipenggal bahagian kepala.

     Secara keseluruhan, 30 Days of Night adalah sebuah filem seram yang mempunyai teknik penceritaan kuat dan sinematografi menarik. Sepekara harus diketahui, 30 Days of Night telah berjaya meraih keuntungan lebih daripada $75 juta di seluruh dunia. 

Catat Ulasan for "Filem 30 Days of Night : Vampire Luar Biasa!"