Umum sudah mengetahui tentang penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat iaitu P.Diddy atau nama sebenarnya Sean Combs yang telah ditangkap pada bulan September lepas atas beberapa pertuduhan termasuklah pemerdagangan seks dan serangan seksual. Selepas penangkapan P.Diddy itu, terbongkar kontroversi tentang "Freak Off Party" yang dia sering adakan sebelum ini. Jadi apa itu Freak Off Party?
Sebelum itu, ketahui dulu secara ringkas tentang White Party, parti anjuran P.Diddy secara tahunan yakni dari tahun 1998 hingga 2009. Tujuan parti yang dihadiri oleh golongan selebriti dan individu berpengaruh ini adalah untuk kesetaraan sosial dan hiburan sesama mereka. Semua tetamu yang datang harus berpakaian serba putih. Antara selebriti terkenal yang pernah menghadiri parti ini termasuklah Leonardo DiCaprio, Mariah Carey dan Jennifer Lopez.
Sesudah White Party ini selesai, maka bermulalah pula Freak Off Party iaitu satu pesta seks liar. Tetamu untuk parti ini adalah mereka yang terpilih atau dalam erti kata lain, individu yang menerima undangan secara peribadi daripada P. Diddy. Menurut laporan media, Freak Off Party berlangsung selama beberapa hari di mana para tetamu terlibat dengan aktiviti seksual yang ekstrem, penggunaan dadah dan juga alkohol.
Difahamkan juga lokasi Freak Off Party ini turut mempunyai kamera yang dipasang di lokasi rahsia. Rakaman kamera video tersebut menjadi salah satu bahan ugutan P.Diddy terhadap tetamu yang cuba membongkar aktiviti tidak bermoralnya itu. Penyanyi seperti Good Fridae dan pelawak Jeff Wittek yang pernah menjadi tetamu mendedahkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk membawa telefon selain dilarang memasuki tempat berkunci yang dipercayai sebagai tempat untuk melakukan aktiviti seks yang dahsyat.
Dalam satu serbuan yang pihak polis lakukan di rumah P.Diddy pada bulan Mac 2024 lalu, 1000 buah botol minyak bayi dan minyak pelincir telah ditemui yang diyakini menjadi bahan kegunaan untuk Freak Off Party.
Apa yang pasti, Freak Off Party ini adalah salah sisi gelap dalam industri hiburan di Amerika Syarikat. Nama selebriti seperti Beyonce, Justin Bieber, Usher, mendiang Aaron Carter dan ramai lagi yang pernah menjadi mangsa kepada P.Diddy.
Catat Ulasan for "Freak Off Party: Pesta Jijik P. Diddy?"