KISAH PEMBUNUHAN KEJAM MOUMITA DEBNATH
Dr. Moumita Debnath adalah seorang doktor pelatih berusia 31 tahun di RG Kar Medical College and Hospital, Kolkata, India.Moumita bukan calang-calang orang. Dia mempunyai latar belakang akademik yang hebat dengan memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains, Sarjana Sains (Fizik Nuklear) dan Sarjana Pendidikan. Selain komited dalam tugasnya, Moumita juga dikatakan sebagai seorang yang aktif dalam aktiviti sukarelawan dan program kebajikan.
Kisah bermula sekitar jam 2 pagi 8 Ogos 2024, Moumita telah memasuki sebuah bilik seminar di hospital tempatnya bertugas itu untuk berehat selepas menjalani syif kerja yang panjang selama 36 jam. Namun apa yang berlaku sesudah itu yakni pada hari keesokannya, Moumita telah ditemui mati di dalam bilik seminar tersebut. Keadaan fizikal mayat Moumita menunjukkan beberapa kesan kecederaan teruk dengan dia dipercayai dirogol sebelum dibunuh dengan kejam.
Hasil laporan bedah siasat mendapati cara pembunuhan Moumita Debnath adalah dengn cara cekikan. Dalam laporan tersebut juga, dijelaskan juga terdapat penemuan 150 ml air mani di mana angka itu adalah jauh lebih banyak daripada jumlah biasa yang mampu dihasilkan oleh seorang lelaki. Perkara ini bermaksud, Moumita telah dirogol secara bergilir dalam berkumpulan. Lain-lain kecederaan yang Moumita adalah seperti patah tulang hyoid (tulang leher),luka pada bibir dan pendarahan dari mulut, patah tulang pelvis dan kecederaan pada perut, cedera pada kedua belah mata, pendarahan pada bahagian kemaluan dan lebih daripada 100 kesan gigitan. Lagi dahsyat yakni semasa penemuan mayat Moumita, kakinya berada dalam posisi 90 darjah. Laporan bedah siasat juga menunjukkan tanda-tanda pergelutan yang merujuk kepada Moumita cuba untuk melawan penyerangnya demi mempertahankan diri.
Tentang suspek, seorang lelaki anggota sukarelawan polis yang bernama Sanjay Roy telah ditangkap. Penangkapan tersebut dibuat susulan fon telinga miliknya yang ditemui berhampiran dengan mayat Moumita. Pada mulanyq, Sanjay membuat pengakuan tentang perbuatan jenayah yang dilakukannya sebelum dia tiba-tiba mengubah pendirian dengan dakwaan dirinya menjadi mangsa kambing hitam. Kata Sanjay, dia memang ada memasuki bilik seminar akan tetapi terus melarikan diri sebaik melihat mayat Moumita yang berada dalam keadaan ngeri itu.
Hingga setakat ini, kes Moumita ini masih lagi belum selesai sepenuhnya dengan pihak Central Bureau of Investigation (CBI) telah pun mengambil alih siasatan. Seramai 18 hingga 20 orang lelaki dipercayai telah terlibat dalam serangan ke atas Dr. Moumita.
Berita pembunuhan kejam Dr. Moumita ini turut mencetuskan kemarahan ramai pihak terutamanya golongan wanita dan aktivis hak asasi di India hingga mereka turun ke jalan raya untuk menuntut keadilan serta pada masa sama meminta pihak berwajib melindungi pekerja wanita di tempat kerja mereka.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM MOUMITA DEBNATH"