JESSICA KUMALA WONGSO DIBEBASKAN
Baru-baru ini, nama Jessica Kumala Wongso kembali menjadi sebutan oleh pihak media dan juga pengguna laman media sosial di Indonesia. Bagi sesiapa yang tidak pernah mendengar nama Jessica Kumala Wongso ini, dia sebelum ini telah menerima hukuman penjara selama 20 tahun selepas didapati bersalah membunuh rakan baiknya iaitu Warya Mirna Salihin pada bulan Januari 2016 di sebuah kafe. Warna Mirna Salihin meninggal dunia selepas meminum air kopi yang telah Jessica campurkan dengan racun sianida.
Apa yang mengejutkan yakni pada bulan Ogos 2024, Jessica dibebaskan secara bersyarat. Pembebasan ini dibuat berdasarkan Surat Keputusan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Republik Indonesia di mana dalam pertimbangan pembebasan tersebut, Jessica telah menunjukkan tingkah laku yang baik sepanjang tempohnya dipenjarakan. Walau bagaimanapun, Jessica diwajibkan untuk melapor diri secara berkala kepada pihak berkuasa hingga tahun 2032.
Menerusi beberapa laporan terkini media Indonesia, Jessica telah pun memohon PK Kedua selepas permohonan pertama untuk kesnya ditolak oleh Mahkamah Agung pada tahun 2018. Secara ringkasnya, PK bermaksud 'Peninjauan Kembali' iaitu satu bentuk usaha undang-undang yang boleh diajukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Bacaan terdahulu kes Jessica Kumala Wongso ini boleh dibaca di sini : KISAH PEMBUNUHAN WAYAN MIRNA SALIHIN : Kopi Beracun
Catat Ulasan for "JESSICA KUMALA WONGSO DIBEBASKAN"