Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KES DOMINIQUE PELICOT : Suami Dari Neraka

     Pada 2 September 2020, seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun bernama Dominique Pelicot telah ditangkap oleh pihak berkuasa atas kesalahan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan merakam bahagian bawah skirt seorang wanita di sebuah pasar raya. Penangkapan Dominique ini telah mendorong pihak polis untuk melakukan pemeriksaan pada telefon dan komputer miliknya.

     Apa yang benar-benar mengejutkan, pihak polis telah menemui sekitar 20 000 keping foto dan rakaman video isteri Dominique iaitu Gisele Pilecot dirogol oleh puluhan lelaki dengan Dominique sendiri sebagai dalang utama. Dominique dipercayai telah melakukan perbuatan terkutuk terhadap Gisele itu sejak dari tahun 2011. Gisele diberikan ubat penenang terlebih dahulu hingga membuatkan dia tidak sedarkan diri sebelum Dominique menjemput lelaki lain untuk merogol isterinya. Dominique menggunakan platform dalam talian, menbuat tawaran kepada lelaki yang berminat untuk menjadikan Gisele sebagai pemuas nafsu mereka.

     Seramai 72 orang suspek yang disyaki telah merogol Gisele dengan 51 orang daripada mereka sedang yang berusia antara 26 hingga 74 tahun sedang dalam proses perbicaraan mahkamah. Jika disabitkan kesalahan, mereka bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

     Sepanjang tempoh tahunnya dirogol, Gisele mengalami pelbagai gejala seperti kehilangan berat badan dan sering hilang ingatan. Domonique memanipulasi keadaan dengan membawa Gisele berjumpa dengan doktor pakar bagi tujuan pemeriksaan sama ada terdapat sebarang kemungkinan wanita berkenaan mengidap penyakit barah otak atau Alzheimer.

     Gisele Pelicot memilih kesnya ini didedahkan secara terbuka kepada umum adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang isu penyalahgunaan seksual dan penyalahgunaan dadah. Pada masa sama, Gisele berharap wanita lain yang turut mengalami nasib seperti dirinya supaya berani tampil ke depan. Perbicaraan kes Gisele setakat ini dijangka akan berlanjutan hingga bulan Disember kelak.

Catat Ulasan for "KES DOMINIQUE PELICOT : Suami Dari Neraka "