Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MENGENANG CHRISTIAN : Ikatan Kasih Sayang Luar Biasa antara Manusia dengan Haiwan

 

     Pada tahun 1969, dua orang lelaki sahabat baik yang berasal dari Australia bernama John Rendall dan Anthony "Ace" Bourke telah mengunjungi Harrods yakni sebuah pusat membeli-belah mewah di London, England. Dijadikan cerita, mereka berdua kemudian tertarik dengan seekor anak singa jantan yang dijual di kedai haiwan eksotik dalam pusat membeli-belah tersebut. John dan Anthony pun membeli anak singa itu sebelum dibawa pulang ke kedai perabot antik milik mereka iaitu Sophistocat.

     Anak singa yang seterusnya dinamakan sebagai Christian tersebut telah dibela oleh John dan Anthony dengan penuh kasih sayang. Selain sering dibawa untuk bersenam di sebuah kawasan perkuburan gereja, John dan Anthony juga sering membawa Christian bersiar-siar di sekitar London.

     Saat Christian semakin membesar, John dan Anthony mula menyedari bahawa singa itu sepatutnya di tinggal habitat asal, bukan di kawasan bandar. Ditambah lagi kos untuk memelihara sangatlah tinggi, maka John dan Anthony membuat keputusan untuk menghantar Christian ke tempat alam semula jadi yang sepatutnya. Jadi, John dan Anthony pun mendapatkan bantuan daripada George Adamson yang juga merupakan seorang pemulihara hidupan liar di negara Kenya. George tidak mempunyai sebarang masalah untuk membantu mereka. Pada tahun 1970, Christian pun dilepaskan semula ke habitat asal di Kenya.


     Lebih kurang setahun berikutnya, John dan Anthony kembali ke Kenya dengan harapan untuk bertemu semula dengan Christian. Dua sekawan tersebut bagaimanapun diberi peringatan oleh George tentang kemungkinan bahawa Christian yang telah menjadi ketua kumpulan singa tersendiri tidak lagi mengingati mereka. Namun apa yang berlalu selepas itu adalah sebaliknya. Sebaik Christian melihat kedatangan John dan Anthony, singa itu terus berlari ke arah mereka sebelum saling berpelukan sekaligus menunjukkan simbol ikatan kasih sayang unik antara manusia dengan binatang. Rakaman video kenangan  terindah mereka tersebut boleh ditonton di sini : https://youtu.be/rqhJuwUukX8?si=oWDqsegRUnMEV11U

     Pertemuan seterusnya antara John, Anthony  Christian adalah pada tahun 1972 dan 1973 Christian tidak lagi pernah dilihat oleh sesiapa sesudah itu. 

Catat Ulasan for "MENGENANG CHRISTIAN : Ikatan Kasih Sayang Luar Biasa antara Manusia dengan Haiwan"