Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skandal P. Diddy: Apa kaitan Beyonce?


     Baru-baru ini yakni selepas penangkapan P.Diddy atas beberapa kesalahan jenayah termasuk serangan seksual dan pemerdagangan manusia, nama Beyonce hangat diperkatakan kerana timbul teori serts spekulasi tentang peranan atau pengaruhnya dalam setiap aktiviti haram yang dilakukan oleh P.Diddy. Penglibatan Beyonce dalam isu ini dipercayai bermula dari hubungan sosial suaminya suaminya iaitu Jay-Z dengan P. Diddy.

     Bercerita secara ringkas tentang hubungan antara Beyonce dengan P.Diddy, mereka berdua mula menjalinkan kerjasama secara profesional sejak dari zaman Beyonce bersama Destiny's Child lagi.  Selain itu, Beyonce dan P. Diddy juga sering dilihat hadir bersama dalam acara sosial dan majlis hiburan. 


     Salah satu teori yang timbul tentang sisi gelap Beyonce ini, dia dikatakan tidak gemar mana-mana artis baru yang mendapat perhatian lebih daripadanya.Tular juga beberapa video di laman media sosial di mana penyanyi yang mendapat anugerah tertentu akan menyebut nama Beyonce dalam ucapan penghargaan mereka. Perkara itu sebenarnya adalah untuk "menyelamatkan" karier mereka. Video yang dimaksudkan adalah seperti video Adele, Lizzo dan insiden Kanye West merampas mikrofon Taylor Swift. Ada juga teori lain yang mendakwa bahawa Beyonce adalah seorang dalang dalam kes kematian dua ikon muzik R&B, Aaliyah dan Left Eye. 


     Masih tiada sebarang bukti kukuh untuk mendukung semua perkara yang dinyatakan ini,  jadi semuanya masih bersifat spekulasi semata-mata. Namun apa yang pasti, orang ramai di luar sana sentiasa menanti perkembangan kes P.Diddy.

Catat Ulasan for "Skandal P. Diddy: Apa kaitan Beyonce?"