Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TAK PUAS HATI DICERAI, BEKAS MADU BUNUH ISTERI PERTAMA.

 

     INDONESIA - Mayat seorang wanita pesara Pegawai Negeri Sipil (PNS) telah ditemui dalam sebuah bilik rumahnya yang terletak di Lhokseumawe, Aceh. Identiti wanita berusia 62 tahun yang dikenal pasti sebagai Laksmiwati Anggraini tersebut merupakan isteri kepada seorang doktor pakar kanak-kanak di Lhokseumawe iaitu Dr. Sukardi. 

     Mayat Laksmiwati sebelum itu ditemui oleh Dr. Sukardi sendiri yang masuk ke dalam bilik sejurus selesai menunaikan solat Maghrib. Hasil pemeriksaan yang pihak polis jalankan, mereka mendapati terdapat kesan cekikan pada bahagian leher Laksmiwati selain menemui beberapa bahan bukti termasuk seutas tali plastik yang dipercayai dijadikan sebagai senjata utama pembunuhan. 

     Selepas pihak polis meneliti rakaman video litar tertutup di lokasi kejadian, identiti suspek akhirnya berjaya dikenal pasti sebelum dikesan lalu ditangkap. Difahamkan suspek yang hanya dikenali sebagai WL(34 tahun) itu adalah bekas isteri kedua Dr. Sukardi. WL dikatakan sempat bersembunyi di rumah mangsa sebelum waktu kejadian pembunuhan. Tentang motif pembunuhan, WL mengaku berasa sakit hati kerana diceraikan Dr. Suhardi sesudah perkahwinan mereka berdua telah diketahui oleh Laksmiwati. 

     Kes masih lagi dalam siasatan lanjut. Jika WL disabitkan kesalahan, dia bakal berdepan dengan hukuman penjara paling maksimum selama 15 tahun. 

Catat Ulasan for "TAK PUAS HATI DICERAI, BEKAS MADU BUNUH ISTERI PERTAMA. "