Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KENALI EARL BRADLEY, DOKTOR PEDO YANG GILA


     Pernah dengar tentang Early Bradley iaitu seorang lelaki pemangsa seksual paling prolifik dalam sejarah negara Amerika Syarikat? Jika belum, jangan terkejut dengan fakta bahawa dia merupakan bekas pakar pediatrik. Early berselindung di sebalik jawatannya sebagai doktor itu untuk melakukan perbuatan jijiknya semasa melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap pesakit mudanya termasuk bayi. 

     Bercerita secara ringkas tentang Earl Bradley, dia dilahirkan pada 10 Mei 1953 di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Selepas menamatkan pendidikan dalam bidang perubatan, dia telah menjadi pakar pediatrik dan membuka klinik perubatannya di Lewes, Delaware yang dikenali sebagai BayBees Pediatrics. Selain kliniknya yang serba lengkap dengan hiasan wakak kartunserta taman permainan, Earl Bradley dikatakan sebagai doktor yang sangat penyayang dan mudah mesra terutamanya terhadap kanak-kanak. Disebabkan itulah, klinik Earl menjadi pilihan utama oleh ibu bapa di kawasan berkenaan untuk menghantar anak mereka. Tambahan pula, Earl sanggup kerja lebih masa untuk merawat pesakitnya itu.


     Kanak-kanak yang menjadi mangsa Earl biasanya berumur antara beberapa bulan hingga awal remaja dan kebanyakan mangsanya itu adalah kanak-kanak di bawah bawah umur tiga tahun. Modus operandi Earl, dia akan membawa pesakit kanak-kanak itu ke ruang-ruang tertentu di kliniknya termasuklah di bilik rawatan dan ruang bawah tanah untuk melempiaskan nafsunya. Kebanyakan serangan seksual tersebut dirakam dengan menggunakan kamera tersembunyi.

     Sepandai-pandai tupai, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah juga dengan nasib Earl. Difahamkan kegiatan jenayah gila yang dilakukannya sejak dari tahun 1998 itu akhirnya terbongkar pada tahun 2009. Sewaktu serbuan dibuat oleh pihak polis ke atas klinik Earl, mereka telah menjumpai ribuan video penderaan Earl terhadap ratusan mangsanya. Dalam video tersebut, Earl dilihat menyerang pesakit kanak-kanaknya yang menjerit, menangis dan melawan tanpa henti. 


     Soal bagaimana perbuatan Earl boleh terbongkar, ia bermula daripada laporan sepasang suami isteri yang mendakwa anak perempuan mereka yang berusia 2 tahun kelihatan trauma selepas mengunjungi klinik Earl. Seperkara harus diketahui yakni pada beberapa tahun sebelumnya, ada pihak ibu bapa dan kakitangan klinik membuat laporan tentang perbuatan mencurigakan Earl akan tetapi tiada sebarang tindakan susulan yang dibuat oleh pihak berkuasa.

     Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes,  Earl yang didakwa dengan 529 tuduhan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak, termasuk rogol, serangan seksual dan eksploitasi kanak-kanak telah didapati bersalah sebelum dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol.

Catat Ulasan for "KENALI EARL BRADLEY, DOKTOR PEDO YANG GILA"