Fakta Mengejutkan Tentang Kes Junko Furuta yang Ramai Tidak Tahu!

Kes Junko Furuta sering dianggap sebagai salah satu jenayah paling kejam dalam sejarah Jepun. Walau bagaimanapun, terdapat banyak butiran mengenai kes ini yang jarang diketahui umum. Kisah tragis ini bukan sahaja berkisar tentang penderitaan Junko selama 44 hari dalam tahanan penculiknya bahkan juga memperlihatkan kelemahan sistem keadilan Jepun serta kegagalan orang di sekeliling untuk membantunya.
Salah satu fakta yang jarang didedahkan adalah bagaimana Junko dipaksa berpura-pura untuk gembira. Semasa Junko dalam tahanan, penculiknya bukan sahaja menyeksanya secara fizikal dan mental tetapi juga memaksanya untuk berkelakuan seolah-olah dia berada dalam keadaan baik. Dalam beberapa situasi, mereka membiarkan individu luar masuk ke rumah dengan Junko dipaksa berlakon menjadi seorang gadis yang hanya melepak bersama mereka. Jika ada sesiapa yang mengajukan pertanyaan, mereka akan memberikan alasan bahawa Junko adalah teman wanita salah seorang daripada mereka di mana dia sedang menghadapi masalah keluarga. Keadaan ini menyebabkan orang sekeliling tidak mengesyaki apa-apa walaupun hakikatnya Junko berada dalam penderitaan yang sukar untuk digambarkan sama sekali.
Selain itu, ramai yang menyangka Junko meninggal dunia akibat penderaan fizikal yang berterusan. Namun laporan autopsi menunjukkan bahawa punca utama kematiannya kemungkinan besar adalah kejutan haba akibat badannya mengalami luka lecur yang teruk. Pada hari terakhir Junko hidup, penculiknya membakar badannya dengan pemetik api dan cecair mudah terbakar hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan yang teruk. Semasa badan Junko dibakar, dia berkemungkinan masih hidup dan berada dalam kesakitan yang tidak terhingga.

Lebih mengejutkan lagi, dalang utama kes ini iaitu Hiroshi Miyano kini sudah bebas dan menjalani kehidupan baru. Walaupun Hiroshi memainkan peranan utama dalam penculikan dan penyeksaan Junko, hukuman yang dikenakan ke atasnya jauh lebih ringan berbanding jenayah yang dilakukan. Selepas menjalani hukuman penjara selama beberapa tahun, dia dibebaskan sebelum ditangkap semula untuk kesalahan lain. Dia bagaimanapun tidak dikenakan hukuman berat. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana sistem keadilan Jepun dilihat gagal memberikan keadilan yang sewajarnya kepada mangsa.
Lagi mengecewakan, terdapat juga percubaan untuk menutup kes ini daripada mendapat perhatian umum. Keluarga penculik terutamanya ibu bapa Nobuharu Minato yang merupakan salah seorang penculik utama telah cuba menghalang media daripada melaporkan kejadian ini secara terperinci. Mereka mendesak mahkamah untuk tidak mendedahkan butiran jenayah tersebut bagi melindungi anak-anak mereka daripada dipandang hina oleh masyarakat. Namun usaha mereka gagal apabila media Jepun berjaya membongkar segala kekejaman yang berlaku menyebabkan kes ini menjadi salah satu jenayah paling terkenal dalam sejarah negara itu.

Selain itu, terdapat beberapa fakta tambahan yang lebih jarang diketahui. Contohnya pada hari Junko diculik, dia sebenarnya dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan menaiki basikal. Jika dia pulang bersama rakan-rakannya, ada kemungkinan besar dia tidak akan menjadi sasaran penculiknya. Malangnya, dia bersendirian dan itu memudahkan Hiroshi Miyano serta gengnya untuk menjalankan rancangan mereka. Malah salah seorang penculiknya, Jo Ogura, pernah memberitahu rakan-rakannya bahawa Junko adalah "hadiah" daripada Hiroshi Miyano. Mereka menganggapnya seperti objek yang boleh digunakan sesuka hati malah mengundang rakan lain untuk melakukan penyeksaan terhadapnya.
Lebih menyayat hati yakni selepas beberapa minggu didera secara fizikal dan mental, Junko sudah terlalu lemah dan tidak tahan lagi dengan kesakitan yang dialaminya. Sampai satu tahap, Junko pernah merayu kepada penculiknya supaya dia dibunuh saja kerana tidak sanggup lagi menanggung penderitaan yang berterusan. Penculiknya enggan berbuat sedemikian dan terus menyeksanya. Dalam kes ini juga, keluarga Junko tidak pernah mendapat keputusan perbicaraan yang mereka anggap setimpal. Hukuman yang dikenakan terhadap penculiknya terlalu ringan malah mereka dapat meneruskan hidup seperti biasa selepas keluar dari penjara.
Fakta lain yang mengejutkan adalah walaupun hanya empat orang yang dikenal pasti sebagai penculik utama, laporan menyebut bahawa lebih daripada 100 orang lelaki pernah menyertai penyeksaan terhadap Junko tetapi kebanyakan mereka tidak pernah dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Penculiknya juga berbangga dengan perbuatan mereka. Sesudah ditangkap, Jo Ogura memberitahu media bahawa dia tidak pernah menyesal langsung atas apa yang berlaku selain berbangga dengan jenayah yang dilakukannya. Kenyataan ini menambah kemarahan masyarakat terhadap keputusan mahkamah yang tidak adil. Begitu memilukan ketika Junko meninggal dunia, penculiknya tidak ada di sekelilingnya.
Kes Junko Furuta ini membuktikan bagaimana kejahatan boleh berlaku di depan mata tanpa sesiapa berani mengambil tindakan. Fakta-fakta yang jarang diketahui ini memperlihatkan betapa kejamnya manusia boleh menjadi serta bagaimana sistem keadilan boleh gagal memberikan hukuman yang setimpal kepada pelaku jenayah. Sudah lebih daripada tiga dekad telah berlalu tetapi ingatan terhadap penderitaan yang dialami oleh Junko masih terus menghantui masyarakat hingga ke hari ini. Bacaan terdahulu kes Junko boleh dibaca di sini : Kisah Penyeksaan Junko Furuta : 44 Hari dalam Neraka
Catat Ulasan for "Fakta Mengejutkan Tentang Kes Junko Furuta yang Ramai Tidak Tahu!"