Ibu Derita Kemurungan Selepas Bersalin, Tembak 4 Anak Sebelum Bunuh Diri!
Pada pagi 10 Februari 2025, sebuah kejadian tragis berlaku di bandar kecil Byron, Wyoming Syarikat apabila seorang wanita berusia 34 tahun bernama Tranyelle Harshman telah menembak keempat-empat anak perempuannya sebelum dia menembak dirinya sendiri dalam satu insiden pembunuhan bunuh diri yang mengejutkan negara Amerika Syarikat.
Menurut laporan polis pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan 911 pada sekitar jan 10:00 pagi daripada Tranyelle sendiri. Menerusi panggilan tersebut, Tranyelle melaporkan bahawa dia telah menembak anak-anaknya dan sedang mempertimbangkan untuk menamatkan nyawanya sendiri.
Pihak polis dan pasukan kecemasan tiba di tempat kejadian dalam beberapa minit. Apabila mereka masuk ke dalam rumah, mereka menemui tiga kanak-kanak telah meninggal dunia akibat tembakan senjata api iaitu Brailey Harshman (9 tahun), Brooke Harshman (2 tahun, kembar) Jordan Harshman, (2 tahun, kembar). Seorang lagi anak perempuannya, Olivia Harshman, 7 tahun masih bernyawa tetapi dalam keadaan kritikal. Tranyelle sendiri masih hidup tetapi mengalami kecederaan serius akibat luka tembakan di kepala. Mereka segera dikejarkan ke hospital untuk rawatanan lanjut. Tranyelle bagaimanapun meninggal dunia tidak lama selepas itu akibat kecederaan yang dialaminya. Sementara itu, Olivia sempat berjuang untuk hidup selama lima hari di hospital sebelum akhirnya meninggal dunia pada 15 Februari 2025 akibat komplikasi daripada kecederaannya.

Suami Tranyelle yang dikenali sebagai Cliff Harshman di mana dia tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku menyatakan bahawa isterinya telah lama bergelut dengan masalah kesihatan mental, termasuk Gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) dan kemurungan selepas bersalin. Menurut Cliff, isterinya adalah seorang ibu penyayang dan sangat menyayangi anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, ia menyedari bahawa Tranyelle semakin tertekan sejak kebelakangan ini. Cuma Tranyelle tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa dia akan bertindak ganas atau mencederakan anak-anak mereka.
Keluarga dan rakan-rakan terdekat juga terkejut dengan kejadian ini. Mereka menggambarkan Tranyelle sebagai seorang wanita yang lembut dan penyayang tetapi mereka mengakui bahawa dia mengalami tekanan mental yang semakin meningkat.
Tragedi ini mengejutkan komuniti kecil di Byron, Wyoming yang mempunyai kurang daripada 600 penduduk. Ramai yang tidak percaya bahawa seorang ibu boleh melakukan sesuatu yang begitu mengerikan kepada anak-anaknya sendiri. Pihak berkuasa menyatakan bahawa kes ini menyorot betapa pentingnya kesedaran tentang kesihatan mental terutamanya dalam kalangan ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin. Gabenor Wyoming juga mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri akan memperkukuhkan akses kepada rawatan kesihatan mental bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang.
Catat Ulasan for "Ibu Derita Kemurungan Selepas Bersalin, Tembak 4 Anak Sebelum Bunuh Diri!"