Keputusan DNA Dedah Kebenaran: Steven Willard Anderson Ditemui Selepas 20 Tahun

Pada 11 Februari 2025, Pejabat Syerif Salt Lake County telah mengesahkan pada 11 bahawa sisa-sisa manusia yang ditemui dalam sebuah kenderaan tenggelam di Starvation Reservoir, Utah, Amerika Syarikat adalah milik Steven Willard Anderson iaitu lelaki yang dilaporkan hilang sejak Jun 2004. Keputusan DNA ini akhirnya menyelesaikan misteri kehilangan lelaki tersebut setelah dua dekad tanpa jawapan.
Steven dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan puang ke kabin keluarganya di Flaming Gorge, Utah pada 3 Jun 2004. Dia menaiki sebuah Toyota Sequoia hijau tetapi gagal tiba di destinasi dan tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarganya. Kehilangannya menjadi tanda tanya selama bertahun-tahun dengan pelbagai usaha pencarian dilakukan oleh pihak berkuasa serta keluarga namun tiada sebarang petunjuk yang dapat ditemui.

United Search Corps yang juga merupakan organisasi bukan untung memainkan peranan penting dalam penemuan ini. Ditubuhkan untuk membantu pencarian individu hilang, organisasi ini menggunakan teknologi sonar canggih bagi mengesan kenderaan tenggelam dan bukti lain berkaitan dengan kes kehilangan. Mereka mula memberi tumpuan kepada kes Steven pada bulan April 2024,selepas peningkatan minat terhadap kes ini susulan liputan media tempatan pada bulan Mac 2022. Pasukan ini menjalankan pencarian di Starvation Reservoir pada September 2024 melalui kerjasama dengan pihak berkuasa dan individu tertentu di mana mereka akhirnya menemui sebuah kenderaan tenggelam yang kemudian dikenal pasti sebagai Toyota Sequoia milik Steven.
Apabila kenderaan tersebut dinaikkan ke darat, pihak berkuasa mendapati terdapat sisa-sisa manusia di dalamnya. Sampel DNA diambil dan dihantar ke Pejabat Pemeriksa Perubatan Utah yang akhirnya mengesahkan identiti mayat itu sebagai Steven.
Selepas siasatan lanjut, pihak berkuasa mendapati tiada sebarang bukti jenayah yang berkaitan dengan kematian Steven. Walaupun keadaan sebenar bagaimana kenderaan tersebut boleh berakhir di dasar tasik tidak dapat dipastikan secara mutlak, teori paling logik ialah kemalangan yang tidak disengajakan. Kereta yang dipandu Steven berkemungkinan besar telah hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam tasik.
Maka dengan keputusan DNA ini, kes kehilangan Steven ditutup secara rasmi dan keluarganya akhirnya memperoleh jawapan setelah 20 tahun menunggu kepastian.
Catat Ulasan for "Keputusan DNA Dedah Kebenaran: Steven Willard Anderson Ditemui Selepas 20 Tahun"