Protes Unik Lelaki Bujang di Shanghai: Tempah Pawagam pada Hari Kekasih untuk Pisahkan Pasangan

Pada tahun 2014, seorang lelaki bujang di Shanghai, China telah melakukan satu tindakan luar biasa hingga mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat terutamanya di media sosial. Bersempena Valentine Day atau Hari Kekasih yang secara tradisinya dikaitkan dengan pasangan yang sedang bercinta, lelaki ini melakukan perbuatan pelik di mana dia bertindak membeli semua tiket bernombor ganjil untuk satu tayangan filem romantik di sebuah pawagam. Difahamkan pawagam tersebut menayangkan sebuah filem popular yang menjadi pilihan utama untuk tontonan pasangan kekasih pada hari berkenaan.
Tindakan lelaki ini yang kelihatan seperti satu gurauan tetapi sebenarnya mempunyai kesan yang cukup besar. Tindakannya membeli semua tempat duduk bernombor ganjil itu secara tidak langsung memisahkan setiap pasangan yang ingin menonton filem itu bersama-sama. Ini kerana tempat duduk dalam pawagam tersebut disusun secara berselang-seli antara nombor ganjil dan genap menyebabkan setiap pasangan yang datang hanya boleh duduk berasingan dengan individu lain berada antara mereka. Keadaan ini sudah tentu mengejutkan ramai penonton terutama pasangan yang teruja untuk menyambut Hari Valentine dengan menonton filem romantik bersama.
Sumber melaporkan bahawa lelaki tersebut bukan sekadar membeli beberapa tiket tetapi hampir memenuhi satu dewan pawagam dengan tempahan tiketnya menjadikan niatnya lebih jelas. Perkara ini bermaksud ia sudah dirancang dengan teliti. Malah dia dipercayai telah bekerjasama dengan sekumpulan rakannya yang turut menyokong idea ini untuk memastikan tempat duduk yang mencukupi dapat dibeli sebelum tiket tersebut dijual kepada pasangan lain.
Dalam budaya masyarakat China, terdapat tekanan yang besar terhadap individu yang masih bujang, lebih-lebih lagi apabila usia mereka meningkat Keluarga dan masyarakat sering kali mendesak supaya seseorang itu segera mencari pasangan dan berkahwin. Lelaki ini mungkin ingin menunjukkan bahawa golongan bujang juga mempunyai hak untuk menikmati hari tersebut tanpa perlu berasa rendah diri atau dikasihani.
Kisah ini mendapat perhatian meluas di media sosial China. Ramai yang memuji kreativiti dan keberanian lelaki tersebut. melihatnya sebagai suara bagi golongan bujang yang sering berasa terpinggir. Namun ada juga yang mengkritik tindakannya sebagai tidak sensitif terhadap pasangan yang ingin meraikan Hari Kekasih.
Catat Ulasan for "Protes Unik Lelaki Bujang di Shanghai: Tempah Pawagam pada Hari Kekasih untuk Pisahkan Pasangan"