The Undertaker: Legenda WWE yang Tidak Akan Dilupakan

The Undertaker atau nama sebenarnya Mark William Calawa merupakan salah seorang ahli gusti paling ikonik dalam sejarah WWE (World Wrestling Entertainment). Kariernya yang berlangsung selama lebih tiga dekad menjadikannya antara bintang gusti paling lama berkhidmat dengan syarikat itu. Dengan karakter mistik The Deadman, dia telah mencipta legasi yang sukar ditandingi dalam industri ini. Namun di sebalik karakter seramnya di gelanggang, terdapat banyak kisah menarik tentang dirinya yang mungkin tidak diketahui ramai.
Sebelum menjadi ahli gusti profesional, Mark Calaway sebenarnya bercita-cita untuk menjadi pemain bola keranjang. Semasa di Waltrip High School di Houston, Texas, dia aktif dalam sukan ini dan menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Texas Wesleyan University. Ketika itu, Mark Calaway bermain sebagai center dalam pasukan bola keranjang kolejnya dan bercadang untuk bermain secara profesional di luar negara. Walau bagaimanapun, minatnya terhadap gusti semakin berkembang sebelum dia akhirnya memilih untuk menceburi gusti sebagai kerjaya utama.

Sebelum menyertai WWE, Mark Calaway memulakan kariernya di World Championship Wrestling (WCW) dengan nama "Mean Mark Callous". Ketika itu, dia diuruskan oleh Paul E. Dangerously (Paul Heyman) dan dikenali sebagai ahli gusti yang ganas serta memiliki kemahiran luar biasa untuk seseorang bertubuh besar. Salah satu pergerakan uniknya ialah "The Walking the Ropes" yang kemudiannya menjadi gerakan ikoniknya di WWE. Namun WCW tidak melihat potensinya sebagai bintang utama lalu enggan memperbaharui kontraknya. Tidak lama selepas itu, Mark Calaway menyertai WWF (kini WWE) pada tahun 1990 dan terus mencipta fenomena baharu dalam dunia gusti profesional.
2.jpg)
Sebelum The Undertaker diperkenalkan kepada dunia, terdapat beberapa cadangan lain untuk wataknya. Pada awalnya, dia hampir diberikan watak seorang penjinak haiwan liar tetapi idea tersebut ditolak. Hingga pada akhirnya, Vince McMahon memilih konsep penggali kubur yang misteri dan menakutkan sekaligus menjadikan Undertaker sebagai salah satu karakter paling unik dalam sejarah gusti. Dia membuat penampilan pada Survivor Series 1990 sebagai sebahagian daripada pasukan "Million Dollar Team" yang diketuai oleh Ted DiBiase. Bermula dari situ, kariernya mula melonjak dan terus menjadi salah satu bintang paling dominan dalam WWE.
Salah satu perkara yang paling mengagumkan tentang Undertaker ialah kesetiaannya kepada WWE. Tidak seperti ramai ahli gusti lain yang sering berpindah dari satu promosi ke promosi lain, dia kekal dengan WWE sepanjang lebih 30 tahun. Walaupun WCW pernah cuba memancingnya kembali, dia tetap setia kepada syarikat yang telah membantu menaikkan namanya. Kesetiaan ini menjadikannya antara bintang WWE paling dihormati bukan sahaja oleh peminat tetapi juga oleh Vince McMahon dan ahli gusti lain di belakang tabir.

Selain itu, Undertaker juga terkenal dengan rekod luar biasanya di acara WrestleMania. Dia telah memegang rekod kemenangan 21 kali berturut-turut di acara terbesar WWE tersebut sebelum akhirnya tewas kepada Brock Lesnar di WrestleMania 30 (2014). Kekalahan itu mengejutkan peminat kerana ramai menyangka bahawa dia akan mengekalkan rekod tanpa kalahnya. Keputusan tersebut dibuat sendiri oleh Undertaker bersama Vince McMahon kerana dia merasakan sudah tiba masanya untuk "The Streak" berakhir. Biarpun tewas, rekod itu masih dianggap sebagai salah satu pencapaian terbesar dalam sejarah gusti profesional.
Di sebalik imej menakutkan di dalam gelanggang, Undertaker sebenarnya seorang yang pemalu dan jarang muncul di media. Selama bertahun-tahun, dia menjaga wataknya dengan tidak mendedahkan kehidupan peribadinya. Dia hanya mula melakukan temu bual dan muncul dalam dokumentari selepas hampir bersara.
2.jpg)
Dedikasi Undertaker terhadap WWE juga terbukti apabila dia tetap bertanding walaupun mengalami pelbagai kecederaan serius. Sepanjang kariernya, dia pernah mengalami tulang patah, kecederaan bahu, tulang belakang dan pembedahan pinggul berkali-kali. Malah pada tahun 2000, tulang orbit matanya retak akibat tumbukan oleh Mabel tetapi dia tetap meneruskan pertarungan tanpa menunjukkan kesakitan yang dialaminya.
Sepanjang tempoh lebih tiga dekad, Undertaker telah membawa beberapa watak berbeza dalam WWE. Selain The Deadman, dia pernah menggunakan watak "The American Badass" pada tahun 2000-2003 di mana dia muncul sebagai penunggang motosikal yang lebih realistik tanpa unsur mistik. Watak ini mendapat sambutan yang baik daripada peminat kerana menunjukkan sisi lain Undertaker yang lebih dekat dengan dunia sebenar.

Selepas lebih 30 tahun beraksi dalam gelanggang, Undertaker akhirnya mengumumkan persaraannya secara rasmi pada Survivor Series 2020 iaitu acara yang sama di mana dia membuat penampilan pada tahun 1990. Dalam ucapan persaraannya, Undertaker menutup tirai kariernya dengan kata-kata ikoniknya:"My time has come to rest in peace."
Catat Ulasan for "The Undertaker: Legenda WWE yang Tidak Akan Dilupakan "