Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI DIBUNUH, ZAKAR DIPOTONG, JANTUNG HILANG KERANA CABUL KANAK-KANAK


     BRAZIL- Pada 9 Mac 2025, penduduk di bandar kecil Peruibe, Sao Paulo, digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 60 tahun yang bernama Celso Marques Ferreira. Namun apa yang lebih mengejutkan, mayat lelaki tersebut ditemui dalam keadaan tidak sempurna di mana zakar dan sebahagian jantungnya didapati hilang.

    Mayat Celso ditemui di rumah seorang wanita pesara berusia 65 tahun yang kemudiannya ditahan bersama pasangannya. Polis yang tiba di lokasi mendapati keadaan mayat yang mengerikan dan hasil siasatan awal mendapati bahawa organ yang hilang bukan sekadar dipotong tetapi telah dimasak serta dimakan oleh suspek utama.

     Semasa disoal siasat, wanita tersebut mengaku dengan tenang bahawa dia membunuh Celso sebelum memotong dan memasak zakarnya lalu dimakannya sebagai sebahagian daripada ritual peribadi. Wanita terbabit turut mengakui bahawa dia memasak dan memakan sebahagian jantung mangsa.

     Berdasarkan keterangan yang diberikan kepada pihak polis, wanita itu mendakwa bahawa Celso Marques Ferreira adalah seorang pendera kanak-kanak. Dia mendakwa mendapat tahu bahawa Celso pernah melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak termasuk mangsa dalam kalangan ahli keluarganya sendiri. Walaupun tiada laporan rasmi pada waktu itu yang mengesahkan dakwaan ini, rekod mahkamah menunjukkan bahawa Celso pernah terlibat dalam sekurang-kurangnya 35 proses mahkamah termasuk beberapa kes yang berkaitan dengan jenayah terhadap individu yang lebih lemah. Wanita tersebut menganggap bahawa sistem keadilan tidak mampu menghukum Celso. Disebabkan itu, dia mengambil tindakan sendiri untuk membalas dendam.

     Menurut laporan polis tentang pengakuan suspek, dia telah menjemput Celso ke rumahnya di Peruibe dengan alasan ingin berbual dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Setelah Celso tiba, dia diberikan makanan dan minuman yang dipercayai mengandungi dadah atau racun yang membuatnya tidak sedarkan diri. Ketika Celso dalam keadaan lemah atau tidak sedarkan diri, wanita itu dan pasangannya bertindak membunuhnya dengan kejam sebelum memotong beberapa bahagian tubuhnya. Bahagian zakar dan jantung dipilih untuk dimasak kerana dipercayai mempunyai simbolisme dalam kepercayaannya terhadap keadilan sendiri.

     Selepas ditahan, wanita pesara itu tidak menunjukkan sebarang penyesalan. Dia bahkan memberitahu polis bahawa dia berasa puas kerana telah menghapuskan seorang pemangsa dari dunia ini. Pihak berkuasa kini sedang menyiasat latar belakang Celso dengan lebih mendalam termasuk mengkaji kes-kes lampau yang melibatkannya. Pada masa yang sama, penyiasatan juga dilakukan ke atas wanita pesara tersebut dan pasangannya untuk mengetahui sama ada terdapat unsur perancangan awal atau jika pembunuhan ini berkait dengan kepercayaan ritual tertentu. Buat masa sekarang, wanita tersebut dan pasangannya telah ditahan dan menunggu perbicaraan.

Catat Ulasan for "LELAKI DIBUNUH, ZAKAR DIPOTONG, JANTUNG HILANG KERANA CABUL KANAK-KANAK"