Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

NGERI! 9 Pelajar Ditemui Dikerat, Anggota Badan Berselerak di Tepi Jalan


     MEXICO - Pada 5 Mac 2025, pihak berkuasa Mexico menemui sembilan mayat yang telah dikerat dalam sebuah kenderaan yang ditinggalkan di tepi lebuh raya Cuacnopalan-Oaxaca, berhampiran San Jose Miahuatlan, Puebla. Kejadian ini mengejutkan negara kerana mangsa dipercayai sekumpulan pelajar dari Tlaxcala yang dilaporkan hilang sejak 27 Februari selepas merancang percutian ke pantai di Oaxaca.

     Menurut laporan media Mexico, sembilan orang mangsa ya g terdiri daripada empat wanita dan lima lelaki berusia antara 19 hingga 30 tahun telah bertolak dari Tlaxcala ke Oaxaca untuk bercuti. Mangsa sepatutnya tiba di destinasi pada hari yang sama tetapi selepas 27 Februari, keluarga mereka tidak lagi dapat menghubungi mereka.


     Beberapa hari kemudian, keluarga mangsa melaporkan kehilangan mereka dan kes ini mula mendapat perhatian umum selepas gambar serta maklumat mereka tersebar di media sosial. Walaupun pihak berkuasa menjalankan siasatan awal, mereka tidak menemui sebarang petunjuk sehingga penemuan mayat-mayat yang telah dikerat pada 5 Mac.

     Mayat kesemua sembilan mangsa ditemui dalam keadaan dikerat dan disusun secara kejam di dalam serta berhampiran sebuah Volkswagen Vento berwarna kelabu gelap dengan plat pendaftaran dari Tlaxcala. Empat mayat diletakkan di dalam bonet kenderaan sementara lima lagi dibalut dengan kain kanvas berdarah dan dibuang di tepi jalan berdekatan. Selain itu, lapan pasang tangan manusia ditemui berselerak di lokasi kejadian dengan dua tangan lagi diletakkan dalam bonet kenderaan tersebut.


     Pemeriksaan awal menunjukkan bahawa mangsa bukan sahaja ditembak tetapi turut mengalami penyeksaan sebelum anggota badan mereka dipotong dengan kejam. Bahagian tubuh mereka yang lain masih belum ditemui dengan terdapat kemungkinan bahawa pembunuh telah membuang sisa anggota badan di lokasi lain.

     Kes ini telah menarik perhatian pihak berkuasa Puebla dan Oaxaca yang kini sedang bekerjasama dalam siasatan bagi mengenal pasti dalang di sebalik pembunuhan kejam ini.

     Rakaman kamera keselamatan terakhir menunjukkan kenderaan yang membawa mangsa melalui Lebuh Raya Atlixcayotl berhampiran bandar Atlixco yakni kira-kira 144 kilometer dari lokasi penemuan mayat. Selepas itu, kenderaan tersebut tidak lagi dikesan sehingga ia ditemui dalam keadaan mengerikan pada 5 Mac. Identiti beberapa mangsa telah dikenal pasti iaitu Angie Lizeth, Leslie, Brenda Mariel, Jacqueline Ailet, Noemi Yamileth, Raul Emmanuel, Ruben Antonio dan Rolando Armando. Walau baimanapun, seorang lagi mangsa masih belum dapat dikenali kerana keadaan mayat yang telah dikerat dan diasingkan.


     Meskipun motif sebenar pembunuhan ini masih belum diketahui namun spekulasi awal mencadangkan bahawa ia mungkin berkaitan dengan aktiviti jenayah terancang atau geng kartel dadah yang beroperasi di kawasan tersebut. Teknik pemotongan tubuh yang digunakan menandakan kemungkinan ia dilakukan oleh kumpulan yang terlatih dalam keganasan sebegini.

     Kes ini telah mencetuskan kemarahan rakyat Mexico khususnya dalam kalangan keluarga mangsa yang menuntut keadilan dan siasatan segera bagi mencari pihak yang bertanggungjawab. Tragedi ini juga menguatkan lagi kebimbangan terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat di negara itu terutamanya berkaitan dengan aktiviti kumpulan jenayah terancang yang sering bertindak kejam terhadap mangsa mereka. Pihak berkuasa Mexico telah mengerahkan pasukan khas untuk mempercepatkan siasatan termasuk mendapatkan bantuan pakar forensik bagi mengenal pasti teknik pemotongan yang digunakan serta mengenal pasti lokasi kemungkinan tempat lain di mana sebahagian anggota badan mangsa dibuang. Hingga kini, tiada suspek ditahan dan masih banyak persoalan masih belum terjawab. 

Catat Ulasan for "NGERI! 9 Pelajar Ditemui Dikerat, Anggota Badan Berselerak di Tepi Jalan"