Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

REMAJA 16 TAHUN DICULIK, DIBUNUH DAN DIKERAT

     AMERIKA SYARIKAT - Pada 14 Februari 2025, Miranda Corsette telah berhubung dengan seorang lelaki berusia 35 tahun bernama Steven Gress melalui sebuah aplikasi media sosial. Beberapa hari kemudian, dia bertemu dengan lelaki tersebut dan pulang ke rumah seperti biasa. Namun pada keesokan harinya, Miranda kembali ke rumah Steven yang terletak di St. Petersburg, Florida. Sejak itu, dia tidak pernah pulang ke rumahnya.

     Keluarga Miranda melaporkan kehilangannya kepada Polis Gulfport pada 24 Februari selepas gagal menghubunginya selama beberapa hari. Pihak berkuasa memulakan siasatan tetapi pada ketika itu tidak banyak petunjuk yang dapat membantu mencari keberadaannya.

     Pada 6 Mac, seorang saksi menghubungi polis dengan maklumat bahawa Miranda kemungkinan telah diculik dan dibunuh oleh Steven. Maklumat ini mendorong pihak berkuasa untuk menjejaki lelaki tersebut. Melalui siasatan, polis mendapati bahawa Miranda telah tinggal bersama Steven dan pasangannya, Michelle Brandes, 37 tahun, selama beberapa hari sebelum berlaku pertikaian antara mereka. Dalam pertikaian itu, Miranda dipercayai telah dipukul dengan teruk oleh pasangan tersebut. Dia diepercayai dibunuh di dalam rumah mereka antara 20 hingga 24 Februari 

     Menurut laporan forensik, selepas Miranda dibunuh, Steven meletakkan mayatnya di dalam sebuah kereta dan membawanya ke sebuah rumah di 12243 Mallory Drive, Largo. Di situ, mayatnya telah dikerat untuk menghapuskan bukti jenayah. Bahagian tubuhnya kemudian dibawa ke daerah Hillsborough di mana sisa mayatnya dipercayai telah dimasukkan ke dalam tong sampah di 2893 14th Avenue S.E., Ruskin.

     Setakat ini, pihak polis masih berusaha mencari mayat Miranda. Bukti forensik di rumah Steven dan lokasi pembuangan mayat sedang dianalisis bagi mengesahkan jumlah bahagian tubuh yang telah dikerat. Namun maklumat spesifik mengenai berapa banyak bahagian tubuh yang telah dipotong belum didedahkan kepada umum.

     Steven telah ditangkap pada 5 Mac atas tuduhan tidak berkaitan termasuk memiliki dadah dan mengacukan lembing kepada pasanganya. Selepas siasatan lebih lanjut, dia turut didakwa atas tuduhan penculikan dan pembunuhan Miranda. Michelle Brandes, yang sebelum ini melarikan diri telah menyerah diri kepada polis pada 8 Mac dan kini menghadapi tuduhan pembunuhan peringkat pertama.

     Pihak berkuasa masih mengumpulkan bukti untuk memastikan sejauh mana penglibatan kedua-dua suspek dalam jenayah kejam ini. Mereka juga sedang berusaha untuk mengesahkan lokasi sebenar semua bahagian mayat Miranda dan bagaimana proses pemotongan itu dilakukan.

Catat Ulasan for "REMAJA 16 TAHUN DICULIK, DIBUNUH DAN DIKERAT"