Kecantikan yang Membinasakan: Kisah Lyn May


Tanpa menyiasat latar belakang individu tersebut atau mendapatkan pandangan pakar, Lyn May bersetuju untuk menjalani prosedur tersebut. Apa yang tidak diketahui Lyn May, bahan yang disuntik ke dalam wajahnya bukanlah silikon perubatan, kolagen atau filler kosmetik profesional yang sah. Individu itu sebaliknya telah menyuntik minyak masak yakni sejenis bahan yang sama sekali tidak sesuai untuk sebarang tujuan perubatan apatah lagi disuntik ke dalam tubuh manusia. Suntikan tersebut memberi kesan yang amat dahsyat. Beberapa minggu selepas prosedur dilakukan, Lyn May mula mengalami kesan sampingan yang menyakitkan dan mengejutkan. Kulit wajahnya tegang secara tidak sekata, benjolan keras muncul di bawah permukaan kulit serta wajahnya membengkak terutama di sekitar pipi, dahi dan rahang. Malah terdapat juga bahagian kulit yang menjadi lebam kekal dan berubah warna sekaligus menjadikan wajahnya kelihatan cacat serta jauh berbeza daripada rupa asalnya.

Wajah Lyn May yang dahulunya menjadi pujaan ramai kini berubah menjadi sesuatu yang hampir tidak dikenali. Tiada lagi simetri yang sempurna, tiada lagi garis wajah yang lembut. Yang tinggal hanyalah kesan kerosakan yang bukan sahaja fizikal, tetapi juga emosi. Dia menjadi sasaran kritikan media dan masyarakat dan terpaksa berdepan tekanan mental yang hebat. Namun begitu, Lyn May memilih untuk tidak melarikan diri. Dia tampil secara terbuka di khalayak ramai dengan muncul dalam rancangan televisyen dan acara hiburan. Dalam satu temu bual, Lyn May menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa dia tidak malu dengan apa yang berlaku dan masih memiliki nilai serta kekuatan diri yang sama.

Pada tahun 2016, Lyn May tampil dalam dokumentari bertajuk Bellas de noche, yang mengisahkan lima orang vedette Mexico yang pernah meraih kemasyhuran suatu ketika dahulu. Dalam dokumentari itu, Lyn May menceritakan buat pertama kali secara terperinci tentang tragedi kosmetik yang menimpanya. Dia mengakui bahawa dirinya langsung tidak mengetahui bahan sebenar yang digunakan, tidak menyelidik latar belakang individu tersebut dan melakukan prosedur itu secara senyap tanpa pengawasan pakar. Walaupun beberapa rawatan telah dijalankan bagi membetulkan kerosakan tersebut tetapi sebahagian besar kesan suntikan itu kekal dan tidak dapat diperbaiki. Dalam satu kenyataan Lyn May yang kini sering dipetik, dia berkata, “Jangan benarkan orang sentuh wajah kamu hanya kerana kamu takut tua. Tua itu indah jika kita berani terima.”
Catat Ulasan for "Kecantikan yang Membinasakan: Kisah Lyn May "