Kes Pembunuhan Kejam Wanita Tanpa Kepala di Serang, Banten
Serang, Banten – Pada 18 April 2025, satu kes pembunuhan kejam telah menggemparkan masyarakat apabila mayat seorang wanita muda ditemui dalam keadaan mengerikan di kawasan kebun terpencil di Kampung Ciberuk, Desa Gunungsari, Kecamatan Gunungsari, Kabupaten Serang. Mayat itu ditemui tanpa kepala tangan dan kaki, dipercayai telah dipotong dengan sengaja oleh si pembunuh. Lebih menyayat hati, mayat berkenaan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan telah mengalami pereputan yang ketara. Kejadian disedari oleh penduduk kampung yang terhidu bau busuk ketika melalui kawasan kebun tersebut. Mereka segera menghubungi pihak berkuasa yang kemudian tiba di lokasi bagi menjalankan siasatan awal dan pengumpulan bukti.
Setelah disiasat dan diperiksa melalui pelbagai kaedah forensik termasuk rekod perubatan serta maklumat laporan kehilangan orang, mangsa dikenal pasti sebagai SA (19 tahun), seorang mahasiswi yang berasal dari Kampung Cikuray, Kadongdong, Kecamatan Cinangka, Serang. Pihak keluarga yang membuat laporan kehilangan beberapa hari sebelum penemuan mayat kemudian dipanggil untuk pengecaman dan pengesahan identiti. Difahamkan SA merupakan seorang gadis yang aktif dalam pelajaran dan dikenali sebagai peramah oleh rakan-rakan universiti serta jiran tetangga. Kehilangannya disedari selepas gagal dihubungi sejak beberapa hari sebelumnya dan tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya.
Susulan penemuan itu, pihak polis segera menjalankan siasatan rapi termasuk menyemak hubungan peribadi dan sosial mangsa. Hasil siasatan membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 23 tahun berinisial ML, teman lelaki mangsa sendiri yang merupakan seorang pekerja swasta dan tinggal di kawasan yang sama.

ML ditahan di rumahnya pada malam Sabtu, 19 April 2025 yakni hanya kurang 24 jam selepas penemuan mayat. Hasil siasatan awal menunjukkan bahawa suspek telah membunuh mangsa dengan niat dan kemudian memotong anggota tubuhnya bagi mengelakkan identiti dikenalpasti. Pihak berkuasa percaya motif utama pembunuhan adalah berkaitan isu kehamilan mangsa. SA dipercayai sedang hamil dan telah menuntut agar ML bertanggungjawab dengan menikahinya. Walau bagaimanapun, permintaan itu ditolak suspek yang enggan bertanggungjawab. Pertengkaran tercetus dan dipercayai telah membawa kepada tindakan kejam yang mengakhiri nyawa SA.
Mengikut pengakuan suspek semasa disoal siasat, dia mengatur pertemuan dengan mangsa di kawasan sunyi sebelum melakukan pembunuhan. Mayat mangsa kemudian dibawa ke lokasi lain dan dipotong untuk menyembunyikan jenayah tersebut. Kepala, tangan dan kaki mangsa masih belum ditemui setakat ini dan usaha pencarian masih diteruskan.
ML telah pun ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Serang Kota. Kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan pembunuhan dengan sengaja dan pihak pendakwaan bersiap sedia untuk membawa kes ini ke muka pengadilan dengan hukuman maksimum yang boleh dikenakan termasuk hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Catat Ulasan for "Kes Pembunuhan Kejam Wanita Tanpa Kepala di Serang, Banten "